Journal of Educational Thinkers is the official journal of the Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah. The abbreviation for the Journal of Educational Thinkers (Jurnal Pemikir Pendidikan) is EduThinkers.

Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers) is a peer-reviewed journal devoted to the publication of original papers, serves as a forum for practical approaches to improving quality in issues pertaining to education and its related fields. Journal of Educational Thinkers began its publication in 2009 and aimed to develop as a pioneer journal with a focus on emerging issues pertaining to education. The journal is published in English and Malay and it is open to authors around the world regardless of their nationality. It is currently published once a year i.e., in December.

Focus/Scope

Journal of Educational Thinkers aims to provide a forum for high quality research related to education. Areas relevant to the scope of the journal include: Science Education, Mathematics Education, Teaching English as Second Language, History Education, Geography Education, Economics Education, Educational Management, Educational Psychology, Educational Sociology, Physical and Health Education, and etc.

About Journal of Educational Thinkers
Get the Journal

Announcement
Keywords Tag
List of Recent Articles

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PELATIH WANITA KURSUS REKAAN FESYEN PAKAIAN DI INSTITUT

Mimi Mohaffyza Mohamad , Simah anak Adai & Adnan Ahmad

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : Rekaan fesyen, ciri-ciri usahawan, kemahiran keusahawanan

Download Hit : 955

More Info | Full Paper

Abstract : Program Rekaan Fesyen Pakaian adalah salah satu program teknikal dan vokasional yang masih dikuasai pelatih wanita di institut latihan. Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti ciri–ciri keusahawanan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan 130 orang pelatih wanita Program Rekaan Fesyen Pakaian Institut Latihan Kemahiran. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif bagi mengkaji penerapan elemen ciri-ciri usahawan dan kemahiran keusahawanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi setiap ciri-ciri usahawanan seperti kreatif dan inovasi, berani mengambil risiko, keyakinan diri, dan motivasi mendapat aras persetujuan yang tinggi. Selain itu, kemahiran komunikasi dan kemahiran teknologi maklumat berada pada aras persetujuan sederhana tinggi manakala kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus perniagaan, dan kemahiran kepimpinan berada aras persetujuan yang tinggi. Malahan, terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri-ciri usahawan antara dua institut latihan yang dikaji dalam aspek berani mengambil risiko dan keyakinan diri. Terdapat perbezaan dalam kemahiran keusahawanan antara dua institut latihan dalam aspek kemahiran teknologi maklumat. Justeru, ciri-ciri dan elemen kemahiran keusahawanan sangat perlu diserapkan di institut latihan kemahiran yang dikaji bagi melahirkan gologan usahawan yang berdaya saing dalam bidang rekaan fesyen khususnya untuk golongan belia wanita.


KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KALANGAN PELAJAR

Azita Ali & Zuriawahida Zulkifli

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : Pembelajaran Berasaskan Masalah, kemahiran menyelesaikan masalah

Download Hit : 1096

More Info | Full Paper

Abstract : Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah satu pendekatan pengajaran berasaskan masalah sebenar yang melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran untuk menyelesaikannya. Kajian kuasi-eksperimen ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah PBM dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merangkumi soalan ujian pra-pasca dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 71 orang pelajar sekolah menengah yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesemua responden ini mengambil mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 21.0. Dapatan kajian ini membuktikan kaedah PBM berjaya dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Dapatan persepsi menunjukkan penggunaan PBM menerima maklum balas yang positif daripada pelajar. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, menarik, serta berkesan mampu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar.


IMPLIKATUR DALAM KESANTUNAN BERBAHASA: ANALISIS TEORI RELEVANS

Mohd Aris Anis & Ahmad Esa

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : implikatur, kesantunan berbahasa, Teori Relevans.

Download Hit : 937

More Info | Full Paper

Abstract : Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna lateral dalam sesebuah ujaran. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur dalam kesantunan berbahasa berdasarkan ujaran yang terdapat dalam teks klasik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan data korpus. Data diperoleh daripada teks klasik Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad dan dianalisis menggunakan Teori Relevans. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami implikatur yang terdapat dalam ujaran yang bersantun. Teori Relevans yang diaplikasikan dalam kajian ini membuktikan bahawa ujaran yang bermenifestasi sangat penting bagi mengelakkan salah faham dalam mendapatkan makna sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur dalam ujaran sangat berkesan dalam melahirkan ujaran yang menunjukkan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana dalam menyampaikan ujaran penggunaan implikatur dapat menjadikan sesuatu ujaran itu lebih berhemah dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kesimpulannya, penggunaan implikatur dalam ujaran memberi kesan optima kepada kesantunan berbahasa dan seterusnya mampu mengelakkan seseorang itu dianggap sombong, ego, tidak berbudaya dan tidak beradat.


KESEDARAN SOSIAL DAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Adibah Abdul Latif, Mohd Shafry Mohd Rahim, Nor Fadila Mohd Amin & Crystal Joan Peter

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : Kesedaran sosial, khidmat masyarakat, domain afektif

Download Hit : 548

More Info | Full Paper

Abstract : Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat yang telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Universiti Teknologi Malaysia.Kajian ini juga mengenal pasti hubungan di antara kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa, serta menganalisis faktor peramal penglibatan mahasiswa berdasarkan kesedaran sosial pelajar Seramai 355 orang mahasiswa dari sebuah Fakulti telah dijadikan sebagai responden kajian. Tahap kesedaran sosial dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Afektif Krathwol melibatkan konstruk Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. Manakala bagi Tahap Penglibatan, teori yang digunakan adalah Teori Tingkah Laku Terancang yang melibatkan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Nilai kesahan konstruk adalah melebihi 40% bagi ukuran varians dan nilai Eigen adalah kurang daripada 3. Kebolehpercayaan item adalah 0.99 dengan indeks pengasingan adalah 8. Analisis kajian ini merangkumi analisis deskriptif berbentuk analisis peta item serta analisis inferensi iaitu ujian korelasi dan Structural Equation Model. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesedaran sosial dengan tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat. Faktor Perwatakan, Penilaian dan Gerak Balas merupakan faktor yang signifikan dalam meramal peningkatan penglibatan mahasiswa dalam khidmat masyarakat.


POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA

Chew Eng Sun & Ahmad Rizal Madar

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : pasca ijazah, pola dan trenda, kreativiti, pemikiran kreatif, KBKK, KBAT

Download Hit : 709

More Info | Full Paper

Abstract : Kesedaran tentang kepentingan pemikiran kreatif dalam kurikulum sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1983, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilangsungkan awal 1990an dengan Kurikulum Bersepadu di mana pemikiran kreatif disebatikan sebagai salah satu komponen dalam Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kini, pemikiran kreatif terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk pelajaran sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sebarang pola dan trenda berkaitan dengan penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif yang dapat diakses dari pangkalan data elektronik di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah kajian sejarah berbentuk analisis tajuk tesis dan dokumen (tesis) dari tahun 1979 sehingga Julai 2015 dilaksanakan dan statistik perihalan digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda. Antara 278 tesis pengajian tinggi yang dianalisis, hanya 65 tesis adalah tesis pasca ijazah dan jumlah ini merangkumi 51 (18.4%) tesis ijazah sarjana dan 14 (5.0%) tesis ijazah kedoktoran. KBKK merupakan tema am yang terpilih di peringkat ijazah sarjana manakala kreativiti atau pemikiran kreatif menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Para pelajar (31 kajian) dan guru (22 kajian) merupakan kategori responden yang paling kerap diselidiki manakala bilangan responden atau sasaran lain seperti guru pelatih, pentadbir, responden kumpulan lain adalah tidak signifikan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis kedoktoran dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk “pengintegrasian” (KBKK/KBAT) atau secara terasing (stand alone) adalah sangat terhad.


TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP GRADUAN IPT SERTA HUBUNGANNYA DENGAN MINAT TERHADAP SEJARAH: USAHA AWAL MEMUPUK SEMANGAT CINTA NEGARA

Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani & Nur Azuki Yusuff

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : Minat, sikap, pengetahuan, sejarah, graduan

Download Hit : 604

More Info | Full Paper

Abstract : Pengembangan ilmu sejarah bermula dengan langkah penerimaan awal iaitu minat dan cakna. Usaha rintis ini bertujuan untuk mendedahkan tahap minat graduan institusi pengajian tinggi terhadap ilmu sejarah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang merangkumi empat komponen: tahap pengetahuan, sikap, dan minat serta hubungan antara minat dengan tahap pengetahuan dan sikap. Seramai 39 orang pelajar pascasiswazah yang mendaftar di UMK telah dijadikan sampel kajian. Dapatan awal mendapati tahap pengetahuan, sikap, dan minat graduan IPT terhadap sejarah adalah rendah dan sederhana. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan graduan IPT dengan minat terhadap Sejarah namun terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan minat. Justeru, kajian terperinci dan komprehensif perlu dianjakkan ke arah kelestarian hidup bernegara.


PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN SEJARAH PADA ABAD KE-21 DAN HUBUNGANNY

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Nur Syazwani Abdul Talib

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : pengajaran dan pembelajaran Sejarah, minat, multimedia, kreativiti, pedagogi

Download Hit : 2483

More Info | Full Paper

Abstract : Bermula pada tahun 2013, mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Namun, kajian lampau mendapati mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang kurang diminati pelajar kerana cara penyampaian yang berbentuk tradisional dan tidak menarik perhatian pelajar Dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diusulkan oleh pakar pendidikan alaf baru. Ia meliputi penggunaan kepelbagaian teknologi termasuklah penggunaan multimedia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan salah satu daripada ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu penggunaan multimedia dalam mata pelajaran Sejarah dan sejauh mana ia mempengaruhi minat belajar sejarah. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar Tingkatan Empat di Sarawak dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian rintis untuk kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas 30 orang pelajar dan nilai alfa yang diperoleh adalah melebihi 0.6 yang boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 20.0 untuk mendapatkan nilai korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan sumber, kepelbagaian penggunaan sumber, dan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah manakala kreativiti guru dalam penggunaan sumber adalah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat pelajar. Kajian ini memberi implikasi kepada amalan pengajaran dan pembelajaran Sejarah berbantukan teknologi terkini. Oleh kerana para guru masih menggunakan teknologi yang asas dalam pengajaran seperti Powerpoint dan Youtube, kreativiti mereka masih menjadi tanda tanya. Justeru, penggunaan aplikasi berguna seperti Classdojo, Creative Writing Prompts, Subtext, dan Trello amat wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.


GAMIFICATION AT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH: A CASE STUDY OF ENHANCING ENGLISH AMONG UNDERGRADUATE STUDENTS

Lay Yoon Fah, Chang Siew Lee, Hamdan Adnan & Fong Soon Fook

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : Gamification, language learning, Structural Equation Modeling

Download Hit : 271

More Info | Full Paper

Abstract : In general, the term gamification is defined as the use of game facets in nongame contexts. This study aims at investigating undergraduate students’ perception on gamification as an alternative platform to facilitate their language learning processes as well as their acceptance of gamification according to gender. The psychometric properties of a questionnaire on the acceptance of gamification (PLE) particularly in terms of its validity and reliability were also examined in this study. Confirmatory factor analysis (CFA) was performed to test the reliability and validity of the measurement model by looking at the results of composite reliability, average variance extracted, and standardized loadings of the construct measures. Goodnessof- fit indices of the measurement model were also examined. The results of the study have shown that users of PLE were positive towards its usefulness in assisting their language learning and enhancing their performance, and confident of its ease of use. In general, the users have positive attitudes towards using PLE in language learning and they showed positive intention in using gamification in their future language learning. It is believed that this study would not only provide a good understanding of the undergraduate students’ acceptance of gamification in learning, but also shed light to the understanding of the future game use of these students. Therefore, it is recommended that gamification (PLE for instance) could be applied at the tertiary level in order to gamify educational contexts as one of the methods to make learning more interesting, motivational, and less conventional; and to promote autonomy and that learning does not remain within the boundaries of the classroom.


THE DEVELOPMENT OF STUDENTS’ CAPABILITIES IN HIGHER ORDER THINKING SKILL (HOTS) THROUGH SCIENCE EDUCATION

Amsah Arase, Nurzatulshima Kamarudin & Aminuddin Hassan

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02 00:00:00

Keywords : Higher order thinking skills, science, education, lesson, learning, teaching

Download Hit : 807

More Info | Full Paper

Abstract : The development of students’ capabilities in Higher Order Thinking Skill (HOTS) is currently embraced as a very critical and important matter in the Malaysian schooling system. It needs a specific attention as the country lately has going through the transformation in the education sector specifically in the area of students’ HOTS development. The teachings of HOTS need to be integrated in the subject syllabus purposefully in a wellplanned effort to educate and train the students to think in a higher level manner to solve problems individually or cooperatively. Therefore, teachers have to move and shift their paradigm and practice from the traditional exam oriented classroom teaching into instructional practices that promote the skills. The literature review study reveals that teachers have lower capabilities and competencies in integrating and fostering thinking skills in teaching their subject matter. This paper examines the conceptual definition of HOTS generally in the various teachers’ classroom setting and education level and to be specifically within the context of science lesson. Some of the key focuses mentioned are the approaches, strategies and model in teaching thinking skills. Recommendations are also made regarding the classroom practices in teaching HOTS in science lesson contexts. The implication of this paper lies for its possibilities to contribute to the source of reference for teaching HOTS that might be referred with.


KAJIAN KEBERKESANAN PRINSIP MOMENTUM-IMPULS BAGI MATA PELAJARAN FIZIK SPM

Nik Syaharudin Nik Daud, Mohd. Mustamam Abd. Karim, Nor Lelawati Hassan, & Nurulhuda Abdul Rahman

Volume : vol 6, 2015

Publication Date : 2015-12-01 00:00:00

Keywords : Momentum, Impuls, Pendidikan Fizik, Prinsip Momentum-Impuls (PMI)

Download Hit : 691

More Info | Full Paper

Abstract : Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kebekersanan penggunaan Prinsip Momentum-Impuls (PMI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fizik tingkatan empat bagi topik Momentum Linear dan Perlanggaran. Responden kajian melibatkan 54 orang pelajar tingkatan empat aliran sains Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang dengan kumpulan rawatan 27 orang pelajar dan 27 orang lagi adalah kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan diajar menggunakan modul PMI yang diperoleh daripada laman web “The Physics Classroom” dan kandungannya telah disahkan oleh dua orang guru pakar fizik. Modul ini dipilih kerana susunan kandungan yang baik, bahasa yang mudah difahami, bersifat interaktif dan berkait dengan topik sebelumnya iaitu graf gerakan linear dengan penggunaan pita detik. Konsep ‘lantunan’ yang terdapat dalam modul ini dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang kaitan momentum dan impuls serta kebanyakan latihan yang diberikan berbentuk kualitatif aras tinggi (menganalisis dan mengevaluasi). Kumpulan kawalan pula diajar menggunakan buku teks fizik tingkatan empat berdasarkan huraian sukatan pelajaran fizik sedia ada. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Keberkesanan Penggunaan Prinsip Momentum-Impuls (UKPPMI) yang telah diujirintis dengan nilai alpha Cronbach, ? = 0.996. Data dianalisis dengan berbantukan perisian SPSS dan Microsoft Excel. Analisis Statististik Deskriptif menunjukkan min pencapaian kumpulan rawatan ialah 69.67 dengan SD skor 16.946. Manakala, min pencapaian kumpulan kawalan ialah 48.07 dengan SD skor 13.806. Ini menunjukkan pencapaian kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Tambahan pula, soal selidik keberkesanan penggunaan modul PMI ke atas kumpulan rawatan mendapati sebanyak 65.4% responden bersetuju bahawa penggunaan modul PMI memberi kesan positif dan pemahaman yang lebih baik mengenai topik Momentum Linear dan Perlanggaran. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa penggunaan PMI dicadangkan dalam PdP bagi topik Momentum Linear dan Perlanggaran